Allahuakbar...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, ke hadrat Allah S.W.T kerana kita diberi peluang lagi untuk hidup di muka bumi Allah yang sangat indah ni, dapat lagi kita menghirup udara yang dianugerahkan oleh Allah, dan Alhamdulillah, dapat lagi Teku menulis sebuah warkah untuk dikongsikan bersama. Sedar tak sedar, nak masuk 17 tahun dah Teku hidup kat muka bumi Allah ni. Astagfirullah. Terlalu banyak benda yang melalaikan yang Teku buat sehinggakan hidup Teku selama 17 tahun ni rase sekejap je. Astagfirullah. Lebih banyak perkara buruk berbanding perkara yang elok yang Teku buat sepanjang hidup kat muka bumi ni. Ya Allah, selama ni, Teku duk sibuk mengeluh sane sini sebab ditimpa musibah. Padahal, ramai lagi, bukan setakat ramai lagi, berbilion bilion orang lain lagi ditimpa musibah, malah yang lebih berat lagi daripada Teku. Tapi, Teku banyak mengeluh, banyak merungut, banyak mengadu, sedangkan benda yang Te...



