Allahuakbar...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, ke hadrat Allah S.W.T kerana kita diberi peluang lagi untuk hidup di muka bumi Allah yang sangat indah ni, dapat lagi kita menghirup udara yang dianugerahkan oleh Allah, dan Alhamdulillah, dapat lagi Teku menulis sebuah warkah untuk dikongsikan bersama.
Sedar tak sedar, nak masuk 17 tahun dah Teku hidup kat muka bumi Allah ni. Astagfirullah. Terlalu banyak benda yang melalaikan yang Teku buat sehinggakan hidup Teku selama 17 tahun ni rase sekejap je. Astagfirullah. Lebih banyak perkara buruk berbanding perkara yang elok yang Teku buat sepanjang hidup kat muka bumi ni.
Ya Allah, selama ni, Teku duk sibuk mengeluh sane sini sebab ditimpa musibah. Padahal, ramai lagi, bukan setakat ramai lagi, berbilion bilion orang lain lagi ditimpa musibah, malah yang lebih berat lagi daripada Teku. Tapi, Teku banyak mengeluh, banyak merungut, banyak mengadu, sedangkan benda yang Teku alami berapa kerat sangatlah nak dibandingkan dengan orang yang hilang ibu, hilang ayah, hilang adik-beradik, hilang ahli keluarga dan sebagainya.
Alhamdulillah, sepanjang hidup Teku kat muka bumi ni, Allah tak pernah ambil nyawa family terdekat Teku. Ma, Abah, Kak Long, Angah, Acik, Adik Pi, Ki, Wan, Tokki, Tok, semua ayah saudara and mak saudara, semua sepupu sepapat, takde lagi yang meninggal. Tapi, Teku tau, satu hari nanti akan ada jugak salah seorang orang yang Teku sayang akan pergi jugak. Sekiranya hal demikian berlaku Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini untuk menerima takdirMu, kuatkanlah hati hambaMu ini untuk meneruskan kehidupan. Aamiin.
Dan, seandainya, Teku pergi dulu sebelum semua orang yang Teku sayang, Teku mintok maaf sangat sangat atas semua kesalahan, semua dosa yang pernah Teku buat terhadap kalian semua. Halalkanlah segala benda yang Teku buat, segala benda yang Teku ambik atau curi, segala benda yang Teku tipu, segala benda yang Teku cakap, segala ilmu yang dicurahkan kepada Teku, segala harta atau wang ringgit yang pernah dibelanjakan untuk Teku atau oleh Teku. Mintak maaf sangat sangat. Astagfirullah. Banyak sangat dosa yang aku buat sepanjang aku hidup di bumiMu ini, Ya Allah.
Ma and Abah, Kak Ji mitok maaf sangat sangat kalau sepanjang Kak Ji jadi anok Ma and Abah ni, Kak Ji banyak menyusahkan hidup Ma and Abah, Kak Ji banyak sakitkan hati Ma and Abah, Kak Ji banyak habiskan duit Ma and Abah, Kak Ji banyak dok buat benda yang Ma and Abah suruh. Mitok maaf sangat sangat. Kak Ji mitok halal belaka makan minum Kak Ji selama 16 tahun hidup same dengan Ma and Abah. Mitok maaf sangat sangat kalau ade dosa Kak Ji yang Ma and Abah kena tanggung. Mitok maaf banyok banyok.
Kepada semua orang, termasuk yang mengenali atau tak mengenali diri ini, termasuk yang membaca atau tidak membaca post Teku kali ini, Teku mitok maaf sangat sangat sangat dari lubuk hati Teku, kalau Teku ade buat salah terhadap kalian semua, kalau Teku ade mengumpat atau memfitnah kalian semua, kalau Teku ade curi barang kalian semua, kalau Teku ade hutang yang Teku tak langsaikan, kalau Teku ade menipu kalian semua, kalau Teku ade menyakitkan hati kalian semua dan semua benda yang pernah Teku buat salah, Teku mohon ampun dan maaf sangat sangat yang tak terhingga. Dok tahu doh nok kabo gane, memang mitok maaf sangat sangat dari lubuk hati. Mitok halalkan belaka semua benda yang pernah Teku makan, ambik, curi, guna, pakai, tengok, dengar dan semuanya. Kalau ade hutang yang Teku dok bayar lagi, mitok tolong, sape sape yang ingta, mari jupe nge Teku, Teku akan bayar secepat mungkin insyaAllah. Kalau ade hutang yang Teku dah lupe, yang dah tak ingat, mitok halal belake.
Astagfirullah, dok tahu lah bakpe malam nie rasa nok tulis post gining. Sungguh, kalau ikut hati, nok sangat mitok maaf nge korang semua face-to-face and sebut semua benda yang Teku pernah buat salah. Tapi, Teku dok mampu, sungguhpun, dok mampu. Sesungguhnya hamba merupakan hambaMu yang sangat lemah Ya Allah. Astagfirullahal'azim.
Ya Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, ampunilah dosaku Ya Allah dari hari pertama aku dijadikan sehingga sekarang Ya Allah. Ampunilah dosaku yang sangat banyak ni Ya Allah. Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa adik-beradikku, dosa kaum kerabatku, dosa sahabat handaiku serta dosa semua muslilimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia Ya Allah. Berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada kami semua Ya Allah. Dekatkanlah diri kami semua kepadaMu Ya Allah, peluklah hati kami Ya Allah, agar kami sentiasa berada dekat denganMu Ya Allah, agar kami sentiasa menunaikan ibadah kepadaMu Ya Allah. Halalkanlah semua nikmat kurniaan yang telah dikurniakan kepada kami Ya Allah. Tempatkanlah kami di syurgaMu Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah Ya Allah. Berkatilah hidup kami Ya Allah. Hanya kepadaMu kami pohon Ya Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pemurah dan Maha Pemberi rezeki, hanya kepada Allah kami berserah dan memohon keampunan. Ya Allah, makbulkanlah doaku. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
Kalau Teku pergi dulu, Teku nak korang semua tahu, Teku sangat gembira dan bahagia dapat kenal dengan korang semua. :) And, kalau Teku pergi dulu, mitok tolong kepada siapa siapa yang ingin membantu, tolong beritahu pasal post nie ke Ma and Abah Teku deh? Haaaaaaaa, terima kasih dan syukur kepada Allah Taala kerana telah memberikan keberanian dan petunjuk kepada Teku untuk tulis post ni kali ini. Alhamdulillah :)
