Howdy!
Assalamualaikum readers, stalkers*dah tau stalkers tu, follow la, beb. Hahaa*, saudarers, saudaries.
Dah lama aku tak update mende alah nie. Banyak jugak lah aku nak wakafkan dalam warkah aku kali ini.
Okay, mula-mula, aku nak cerita pasal Birthday Kak Alin.
| Haaa, nie je yang Tengku jupe dalam Google, Kak Alin |
Haaaaa, punye lah untung kiteorang pergi outing dekat-dekat nak birthday beliau. Haaa, lagi untung, sempat beli hadiah, iaitu, tudung bertone-tone, KASUT BABY and plus dengan tepung sekali. Kah9. Ha, pendek kan cerita, sampai lah malam esoknya birthday beliau. Aku pulak tak siap-siap packing untuk pergi SBP Camp kat Sutra Beach Resort. Haaa, punye saiko beliau nie, bergayut pulak dia. Dah orang nak wish Happy Birthday kan. Tak kan laa mase tu jugak aku nak pergi pejabat Celcom suruh cut beliau punye line kan? Pikir logik sket la, kawan. =='
| Haaa, sejibik tepung yang kiteorang guna hari tu. Kih9 |
| Haaaa, nie one of the sceneries kat Sutra. |
| Angulia Beach Resort, Marang Monument. Hahaa |
| With the bands! |
Then, 6-8 Sept, Angulia, here I come! Betapa tension nye dekat Sutra tu, sampai tak sabar-sabar nak pergi Angulia. Sampai sana? Hah, best jugak. budak bilik aku, sporting. Aku, Suhaili, Nabihah, Sahira, Tengku Najihah, Aisyah Hani, Syahanum, Hanisah Solehah, Alya Liyana and Siti Atikah. Hahh, aku ketua bilik. =='. Okay, camp, best jugak! Yang paling best, Geografi kut! Ayah Nasran, Encik Nazlan. Kah9.
| Lebih kurang macam nie lah bilik aku baru nie.*tangan ke bahu mata ke atas* |
Then, 12-14 Sept. Midtown Camp. Haaa, yang nie last minute camp. Pergggh, packing dalam 15 minit je! Tahu-tahu, masa rehat dengan Epah, dekat koop, ada orang bagitahu, kena pergi camp. Hahaa, kecoh budak Form 3 masa tu. Semua nak nangis. Hahaa, yang dah nangis pun ada. Kau sememangnya hebat, PPD. Tau tak, sebenarnya, camp nie start hari Selasa lagi. Kiteorang tahu nie pun, sebab JPN call Cikgu Rosmi. Kah9. 42 orang rasanya yang pergi, kalau tak silap. Emm, camp kat sana, banyak jugak lah new input yang di'in' kan dalam kepala. Hahaa, yang bestnya, macam SMK Lembah Bidong yang conquer camp nie. Haaaa, banyak jugaklah cikgu yang kiteorang dah jumpa. Kih9. Okay, kat sana, aku selalu lah main lif, tangga, telefon*sampai kene sound dengan reseptionist* tengok cerita, DEATH BELL, HIGH SCHOOL DEBUT, WHITE CHILD! Haaa, pergi sana macam tak camp ahh. Enjoy je. Roommates aku mase nie, Farah, Ain, Najla. Best giler boleh pilih sendiri. Thanks, urusetia!
| Yang nie je Kak Tengku jupe, Ten. |
Okay, 23 Sept. Hari Jadi Fatin Nadzirah! Kah9. Aku rasa birthday nie lah aku paling derhaka, paling jahat, paling evil kot. Dah lah suara bagai direndam dalam jeruk 4 hari 4 malam, kasar giler, dude! Hahh! plan nye, saiko Aten, sampai beliau nangis. Hahaaa, saiko pasal one guy nie lah. Cakap kat beliau pasal date, pasal seniors. Kalau aku jadi beliau! Sumpaahhh aku nangis seselak-selaknya! Mane tak nye! Dah lah malam birthday! Dormmates tak wish! Hahh! Saiko,bro, saiko! Emm, nak dijadikan cerita, aku and budak-budak dorm, dah berpakat ramai-ramai. Kejam nian budak UMMU SULAIM nie ye? Hahaa, okay, plan nie berterusan sampai pukul 11.30 something kut. Macam-macam obstacles yang beliau lalui, sis! Kena sound, seniors yang hot-hot kirim salam, budak dorm ignored beliau!*semua nie kami plan je, bukan betul punye!*
Malam tu, aku teman Kak Alin buat essay Negeri Bersih Rakyat Sihat dia. Bapak aahhh saiko, because ade dalam berapa ratus words lagi yang tak cukup. Berbekalkan Kamus Oxford, otak masing-masing and netbook Madam Azimah, akhirnya, siap lahh. Hahhh, baju tak iron lagi mase tu. ==' Dasar budak hostel~
Haaa, siap-siap nak masuk tidur tu, pukul 2 something aa. Then, baru nak tidur tu, tetiba Kak Alin panggil pulak! Beliau tunjuk kat Aten Nadz nie laah. Aiyaakkkk, beliau tak tidur lagiii!!!!!!
The next night, haaaa, kiteorang dah menggelupur ketidaksabaran! Dah tak sanggup nak tahan lama-lama. Then, lepas beliau keluar tandas, kiteorang simbah air and, HAPPY BIRTHDAY! Kah9. Happy2. Macam biasa, interview, and sebagainya. Yuni ambik video. Seperti biasa, mangsa akan cakap laa perasaan beliau. Hahaa, yang lucu nya, she's crying! Rezak sangat kut. Hahaaa, memang tension, sis n bro! Tapi, bukan selalu, Aten. Setahun sekali! Sorry, kay?
Okay, 27 Sept. Temu Murni. Haaa, Alhamdulillah dapat 9A. Haaaaa, lega. Mintok-mintok laa result aku yang real pun macam trial nie, even, better than trial lah! Insya-Allah, God Willing, Amin. Haaa, nak jadi ke cerita, Abah mari jumpa laa ngan Teacher Aqilah, my class teacher. Haaaa, then. Balik! Kah9. Mase tu baru around 11.30. Haaa, heaven nye balik awal! Nak jadi ke cerita lagi, Abah aku cakap laa,
"Kak Ji duduk kat rumah Kak Yah kekgi deh? Dakyoh gi lahh makan gulaa."
Aku pun ape lagi. Happy lah kan. As blithe as a lark aah*rabook peribahasa*. Emmm, haaa, Kak Yah tu babysitter aku masa aku kecik sampai 4 tahun. Beliau duduk dekat FELDA Kampung Rahmat. Betul laa Cikgu Suzi kabo, pola penempatan ye berkelompok! Thanks, Geography!*dahu pasal-pasal* Emmm, nak sambung ke cerita lagi! Haaaa, aku pun pergi masuk dorm. Haaaahaaaa, masa tu baru nak sumbat baju-baju kotor dalam beg. Hahaa! Lussssshhhiii! Emmm, aku pun tergerak hati nak tukar baju. Aku pun pakai baju Science School, seluar track and tudung jahit warna hitam. Haaaa, then, dalam kereta, cakap dua tiga patah, then, aku menutupkan mata aku sehingga tak sedar diri*malu nak cakap TIDUR*. Emmm, tup-tup, sampai kat rumah Kak Yah. Takde orang! Aiiiyyaakkk! Rupa-rupanya, Abah tak telefon pun Kak Yah sebelum kiteorang nak datang!
Haiiii, pikir punye pikir. Abah pun ajak jugak lah pergi. Then, aku tunggu dalam kereta dekat setengah jam jugak kut. Ambbooii, Abah bersembang pulak dengan kawan die. Kita dah habis dua set soalan Sejarah tau!*macam bagus je buat kerja dalam kereta*. Haaa, aku pun pergi laa sampai ke Besut. Hmmmm, yang best nye, aku dah set dalam hati, tak payah keluar bila sampai kat sana nanti, duduk dalam kereta je! Haiiii, apabila perut telah mengadakan Gerakan Kelaparan, aku pun terpaksa lah berhenti jadi Min Yuen!*Hahaa, Sejarah giler blog aku* Haaiii, nak tak nak, Abah aku suruh aku turun makan jugak, plus, aku pun lapar.
Berbekalkan muka setebal Great Wall of China, Tengku Hazirah yang berbaju poron pun keluar dan makan. Aiiyyaakkk, dah lah aku je yang pakai macam tu. Budak kecik pun pakai gown tahap Cinderella, Rapunzel tau! Haiii, dah lah diri ini sangat MENCINTAI kenduri, terjadi pulak kes macam nie! Haadddooooiii! Jadi, the moral of the story, silalah pergi kenduri pakai baju macam aku pakai tu, baru lah muka anda automatically become thick.
As conclusion:
PRAY FOR ME! WISH ME LUCK IN PMR!
Haaaa, 10 days left! Aku pun tak tahu dah nak buat macam mana. Hahhh!
Ya Allah, aku mohon padaMu Ya Allah. Kau berilah aku dapat 9A dalam PMR. Kau kurniakanlah kami keberkatanMu Ya Allah. Berkatilah ilmu kami, permudahkanlah kami, berilah ketenangan dan kemudahan kepada kami ketika kami menduduki peperiksaan, dan jauhilah kami daripada sebarang penyakit. Berilah aku, Suhaili, Arifah, Nabila, Khalidah, Farhana, Najihah, Izzati, Ain, Farah, Fatin, Najla, Amirah dan Hafidzah dapat 9A Ya Allah! Aku mohon sangat Ya Allah! Makbulkanlah doa hambaMu ini Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah. Amin.
That's all from me today, thank you!
p/s: WISH ME LUCK!