Ape Semua Nie?

Assalamualaikum to all readers, stalkers, saudarers, saudariers.
YESS, APE SEMUA NIE!


Entahlah kawan, lepas habis trial PMR nie, balik rumah, jadi tak tenang hidup. Pergi kat sini, fikir nie, pergi kat situ, fikir tu. Entahlah, emm, hati nie bercampur gaul ibarat makanan atas tray yang tak habis, sumbat dalam cup ice-cream. Haa, dah lah bercampur, mampat nak mamm, busuk, Ya Allah tak payah kate laa kan. Haaa, acantu la dalam hati aku sekarang nie.

Suhaili! Arggh! Miss this moment,yo!
Love you ber'much-much'

Wan Suhaili, kamu lah kawan aku sehidup semati! Emm, walaupun kamu selalu menggedik tak kire mase, tempat, tak kire dengan sape, sampai ramai orang selalu berkate, "NYEKIT AKU NGAN KAKAH NIE!"*padahal kak aten je biasa kabo lagu nie*, kau tetap cool kan? Hahahaa, spek baru dah ye lening. Emm, Wan Suhaili, kamulah hok dengar aku blebe macam orang tua sokmo kan? Hahaa, thanks, geng. Sue, jangan pindah deh tahun depan? Kalau dok, Teku nok duduk ngan sape? Emm, Sue, Sue kena strong deh walau ape pun orang marah Sue, nyekit ngan Sue, benci Sue. Dakpe-dakpe, biasenye kalau orang dok brehi Sue, orang dok brebi gok Teku.*biasenyelah, ye lahh, muke kat IC pun lebih kurang same*
Kalau Sue pindah ork, sape laa nak mendengar kate-kate ku ini? Emm, Suhaili, kalau Teku ade salah ngang Sue, forgive me kay? Emm, kite stret A sama deh? Dakpe, trial nie kite sama-sama markah rendah pun. Sekurang-kurangnya kita dok meniru, dok berbincang mase exam kan? Dakpe, dengan izin Allah, Insya-Allah dalam tangan kita blake tu deh? Walau ape pun yang terjadi, love you, SUE!

AD, fly like a bird.
Always happy. :)
Nice picture. Thanks, Syahmi

Kak Alin. Emm, Kak Alin Dalila nie kira rapat lah dengan aku. Our Headgirl tahun depan. Emm, korang jangan pandang sebelah mata je tau, pagi-pagi dia turun sahur.*dok kait, dok kait* Emm, beliau nie pun antara orang yang rapat dengan aku dalam dorm. Main 'kawin dulu' dengan dia tak sah kalau tak lebam*tipu-tipu* sebab kalau dengan orang lain, lambat-lambat je, kalau dengan dia, mak aihh, bapak laa as fast as lightning. Emm, entah lah, banyak kali jugak kiteorang terfikir mende yang sama. Hah, takut gile bile part nie berlaku. Alasan? Takut kawin nanti pun sama-sama jugak. Hahaa. Emm, Kak Alin, I'm sorry if there's anything I did wrong to you, kay?*grammar, terabur. Ngeh,ngeh* Ye lah kan, biasanya kita tak sedar bila kita buat salah dengan orang, kan? Takut sangat bila semua nie berlaku. Sebab, Tengku Nur Hazirah nie memang seorang insan yang tak buleh nak mintak maaf dengan orang depan-depan, lidah jadi kelu and ibarat iceberg yang bapak susah nak pecah tu lah. Except cikgu lah, mudah je keluar kat mulut. Even, my ma and abah pun susah aku nak lancarkan perkataan maaf, tau? Tapi, sekali keluar, dengan empangan-empangan laa pecah sekali*paham-paham la, nangis*

Okay, Kak Alin. Kak Alin jangan pikir Teku kawan-kawan dengan Kak Alin nie sebab ade mende lain ke, sebab nok something ke, pasal nok orang kate kite nie same ke, pasal nok jadi TPKP ape ke, dok same sekali!*garang, hahaha* Emm, pasal TPKP tu, guys, jauh sekali kut aku nak sampai kat situ. Aku nie, bapak aa tak disiplin kut. And one more thing, bukan semua dalam MPP fikir aku nie berkepimpinan giler bangang, even though aku boleh anugerah ape ntah dekat Kem Kepimpinan mase tu. Satu lagi, aku takut jugak nak pegang amanah tu kan,*aku cakap macam aku boleh je, ahhaha* dah memang tak layak kan? Kalau aku boleh pangkat tu korang tanya aku? Emm, tak akan sampai laa title tu kat aku, ramai lagi yang lagi lebih awesome daripada aku.

So, Kak Alin, Teku dengan seikhlas hati mengumumkan bahawa Teku dok pernah fikir pun nak semua tu. Be strong deh, Kak Alin? Teku akan sokong Kak Alin dari belakang kalau ada nape-nape. And, kalau ada mende-mende Teku wak, Kak Alin jangan pendam deh? Kekgi parkinson tangan-tangan tu. Kalau dok leh kabo depan-depan, Kak Alin guna lah teknologi yang buleh hantar pesanan ke orang deh? Ingat tu Kak Alin, jangan pendam deh? Ekgi kalau parkinson tu turun ke lutut kan, haa, nok gi bilik air kene pegang dinding.*berpengalaman, hahahaa* Okay, along, be strong! Jiroh sokong Along dari belakang! Chaiyok, Headgirl! Love you damn much!

Hahaa, cover ayu?
Emm, sepet kan mata die?
Emm, sayang anda ketat-ketat.

Kak Fatma. Haihhh, kenapa lah Kak Fatma Form 5?! Dok puah agi tau dok hidup dengan Kak Fatma! Eiiiii, kenape korang tanye? Heiii, beliau nie Adhi Syah tau tak! Bapak aa taiko punye headgirl. Best tau kawan dengan dia. Emm, tak tahu laa kenapa, dalam ramai-ramai orang yang cerita ala-ala nasihat kan, dia nie laa best sekali untuk didengari. Kalau dia buat gila, emmm, Jozan pun boleh kalah tau. Betul, tak tipu. Dengan mata dia yang sepet, haaa, putih nye. Aiihhh, memang korang tak sangka laa orang macam tu, bangang gile bangang!*gile bangang la kot. Hahahaa.*

Kak Fatma, Teku nok mitok maaf kalau Teku ade wak salah ke Kak Fatma. Emm, tahun depan Kak Fatma takdok doh. T_T. Ape semua nie? Aiyakk! Sape nok mempelatkan diri selain Kak Alin kekgi? Adooii! Bakpe laa masa jalan laju sangat! Hmmm, emmm, dok tahu nok kabo gane, sedih tak terkata! Sape nak perabih air Teku ekgi? Sape nak bangun lambat ekgi? Sape? Sape? Sape? Emm, se je nak kabo ke Kak Fatma. Study molek deh? Biar boleh study sekali ngan Doktor tu. Hihihii. Love you, seriously!

Okay, setelah hati aku bercampur baur, memang langsung tak tenangkan hati aku, so, aku buat keputusan, baca al-Fatihah selalu. Banyak fadhilatnya! Betul!


1. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

2. Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

3. Siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

4. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

5. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........." 

7. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Okay, that's all! Sumber-sumber nie, aku dapat dari sebuah blog. Emm, renung-renungkan. Selamat beramal!


Popular posts from this blog

Allahuakbar...

PERGI~

Tamhidi Tips!